MODEL KOPERATIF
Sekolah: SMK Kuala Kubu Bharu Tingkatan: Enam
Bilangan Pelajar: 30 orang Tarikh:
2 Ogos 2013
Masa: 8.10 pagi hingga 9.30 pagi (80
minit)
Tajuk:
Hikayat Hang Tuah
Bidang: Estetik
HASIL PEMBELAJARAN
|
HURAIAN
HASIL PEMBELAJARAN
|
HPU
10.0 Memahami dan memberikan respon
peribadi tentang karya sastera.
HPK
10.6 Mengulas karya sastera dari aspek
watak dan perwatakan, latar, plot, gaya bahasa dan sudut pandangan.
|
ARAS
2
iii.
Menghuraikan watak dan perwatakan dan latar masyarakat.
|
OBJEKTIF HASIL PEMBELAJARAN:
Pada akhir pengajaran, pelajar dapat
menyatakan sekurang-kurangnya dua :
a) watak
b) perwatakan
PENGETAHUAN SEDIA ADA:
Pelajar
pernah belajar mengenai watak dan perwatakan
yang terkandung dalam mata pelajaran komponen sastera bahasa Melayu.
PENYERAPAN:
Nilai murni : Keberanian,
kerjasama dan keyakinan.
Ilmu : Sastera
KBKK : Pelajar dapat mengcungkil watak yang
ada dan mengaitkan dengan
perwatakan
diri dan rakan.
PENGGABUNGJALINAN:
HHP :
10.2 Aras 1 (iii)
Menjelaskan
aspek yang menarik dalam karya .
Tatabahasa : Golongan
Kata, iaitu kata nama khas.
Kemahiran bahasa : Mendengar dan
bertutur.
Objektif Fasa dan Kandungan
|
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
|
Catatan
|
Induksi
set (5 minit)
-
Menarik perhatian pelajar.
-
Meransang minat pelajar untuk
mengetahui apa yang akan diajar pada hari tersebut.
|
-
Guru menunjukkan gambar keris dan
kitab Hikayat Hang Tuah.
-
Guru bertanyakan soalan bagi mendapat
maklum balas daripada pelajar.
-
Guru mengaitkan gambar dan jawapan
pelajar dengan pengajaran hari itu.
|
BBM:
-
Gambar
KBKK:
-
Membuat inferens melalui pemerhatian
NILAI:
-
Keberanian
-
Bekerjasama
-
Keyakinan
|
FASA
1
Memberitahu (10 minit)
-
Pengenalan
dan pembinaan
isi kandungan pengajaran.
-
Sinopsis hikayat.
-
Watak
dan
perwatakan.
|
-
Guru menerangkan hikayat yang akan diajar
pada hari tersebut.
-
Guru bertanya sama ada pelajar sudah
membaca hikayat tersebut atau belum.
-
Jika sudah, guru meminta salah seorang
pelajar menjelaskan kefahamannya mengenai hikayat tersebut.
-
Guru bercerita secara ringkas
berkenaan Hikayat Hang Tuah.
-
Guru menerangkan tentang watak dan
perwatakan.
-
Guru meminta pelajar menyatakan
pandangan mengenai jenis watak.
-
Guru membahagikan pelajar kepada
tiga/empat kumpulan.
|
BBM:
Buku
Hikayat Hang Tuah.
KBKK:
-
Kefahaman dan mendapatkan maklumat.
NILAI:
-
Keberanian
|
FASA 2
Transisi (5 minit)
-
Guru menjelaskan bagaimana kumpulan
perlu dibentuk.
-
Tiga/empat kumpulan akan dibentuk.
-
Kumpulan dibentuk dalam keadaan
senyap.
-
Guru menjelaskan kerja yang perlu
dilakukan oleh setiap kumpulan.
|
-
Guru mengedarkan sebalang bintang
berwarna.
-
Pelajar diberi kebebasan untuk memilih
satu bintang yang disukai.
-
Guru membahagikan kumpulan mengikut
warna bintang yang dipilih.
-
Guru mengedarkan kertas A4.
-
Guru memberikan watak yang perlu
dibincangkan kepada setiap kumpulan.
-
Guru meminta wakil kumpulan menulis
hasil perbincangan di papan tulis.
|
BBM
-
Bintang berwarna
-
Kertas A4
NILAI
-
Mendengar arahan
-
Bekerjasama
-
Keyakinan
|
FASA 3
Kerja kumpulan
(40 minit)
-
Guru memantau kerja kumpulan pelajar.
-
Guru membantu pelajar.
|
-
Setiap kumpulan diminta berbincang
perwatakan watak yang diberi oleh guru.
-
Guru memantau setiap kumpulan pelajar
semasa sesi perbincangan dijalankan.
-
Guru meminta pelajar menghantar wakil
ke hadapan.
-
Pelajar perlu membentangkan hasil
kerja mereka di hadapan kelas.
-
Guru bersoal jawab dengan pelajar
tentang jawapan yang dibentangkan.
-
Murid-murid juga perlu melakonkan
perwatakan bagi watak yang diperoleh.
|
BBM
-
Papan tulis
-
Gambar
NILAI
-
Keberanian
-
Keyakinan
-
Kesopanan
-
Kerjasama
KBKK
-
Kemahiran memberikan jawapan yang
tepat
-
Kemahiran berkomunikasi.
-
Kemahiran mendapatkan jawapan.
OBJEKTIF:
-
Guru dapat mengetahui objektif
tercapai atau tidak berdasarkan jawapan pelajar yang dibentang.
|
FASA 4
Penilaian (15 minit)
-
Guru memberi soalan sebagai pengukuhan
-
Guru mengedarkan kertas soalan.
|
-
Guru mengadakan aktiviti sampul
tunjuk-tunjuk.
-
Guru memasang muzik, seiring itu
sampul bergerak.
-
Sampul akan berhenti apabila muzik
berhenti.
-
Pelajar yang memegang sampul diminta
memilih seorang kawan kelasnya untuk menjawab soalan.
-
Semasa memilih rakan, pelajar
dikehendaki mengucapkan kata . “ saya
tunjuk, saya tunjuk, saya tunjuk dia!.” Sambil menunjukkan jari kea
rah rakan yang dipilih.
-
Soalan dilontarkan oleh guru
berdasarkan warna kertas yang dikeluarkan oleh pelajar yang memegang sampul.
|
BBM:
-
Laptop
-
Pembesar suara
-
Sampul surat
-
Kertas berwarna
NILAI:
-
Kerjasama
-
Keberanian
KBKK
-
Kemahiran menjawab soalan.
PENILAIAN:
-
Guru menilai kemahiran verbal pelajar
berdasarkan jawapan pelajar.
-
Guru memastikan objektif pengajaran tercapai melalui soalan-soalan yang
dikemukakan dan kertas soalan yang diedarkan.
-
|
RUMUSAN (5 minit)
-
Merumus dan menyimpulkan pengajaran
pada hari itu.
|
-
Guru menyatakan mesej hikayat kepada
pelajar.
-
Guru merumuskan pengajaran pada hari
itu secara ringkas.
-
Guru mengaitkan peranan watak dengan
peribadi diri.
-
Guru meninggalkan pelajar dengan
serangkap pantun.
|
PANTUN:
Anak
ayam disambar helang,
Mati
seekor tinggal lima,
Harimau
mati meninggalkan belang,
Manusia
mati meninggalkan nama.
-
Pelajar harus membawa perwatakan baik
kerana perwatakan baik atau buruk akan memberi kesan kepada nama baik
pelajar.
PENGGABUNGJALINAN:
-
Golongan kata nama: kata nama khas
|
No comments:
Post a Comment