KARYA
AGUNG MELAYU
KARYA
AGUNG MELAYU ialah karya yang melambangkan keunggulan daya cipta seniman,
penulis dan pemikir bangsa Melayu dahulu kala dalam menggambarkan idealisme,
nilai, pandangan hidup, adat, budi, kesedaran moral dan visi bangsa dan
masyarakatnya melalui bentuk sastera dan seni yang tinggi nilainya sehingga
kesan seni, budaya dan falsafah kekal sepanjang zaman dalam minda kolektif
bangsa Melayu. Tamadun Melayu sepanjang zaman banyak sekali dibentuk dan diwataki
oleh tradisi sastera ini.
Karya Agung Melayu bererti karya agung yang ditulis atau diungkapkan atau dilisankan (pepatah, pantun, lipur lara, dan lain-lain) dalam bahasa Melayu, tidak mengambil kira kelompok bangsa/etnik dalam kawasan Dunia Melayu ini, sama ada orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, atau orang Melayu Brunei, atau orang Aceh, orang Bugis, orang Minangkabau, dan lain-lain yang menghasilkan karya itu. Dari segi ini sempadan geografi dan etnik tidak timbul, tidak kira di manakah daerah asalnya di Dunia Melayu ini, dan mampu mencetuskan dalam bentuk dan gaya yang luar biasa, unsur-unsur pemikiran, sistem nilai dan kepercayaan, falsafah atau pandangan hidup bangsa Melayu turun-menurun.

Karya agung juga merupakan karya yang berjaya
meninggalkan kesan seni, budaya dan pemikiran luar biasa dalam tamadun atau
tradisi sesuatu bangsa. Karya ini dianggap sebagai warisan bangsa yang mewakili
minda dan pengalaman bersama bangsa itu sepanjang zaman, sebagaimana yang dipancarkan
dalam sistem kepercayaan, falsafah hidup, tradisi ilmu, adat, bahasa, seni,
pekerti budaya dan sosial yang membentuk citra identiti ketamadunan bangsa itu.
Sejak penubuhan Yayasan Karyawan, sebanyak 15 judul KARYA AGUNG berjaya diterbitkan termasuk 1 judul Buku Pengenalannya. Penerbitan KARYA AGUNG dilaksanakan secara teliti dan melalui penyelidikan oleh para sarjana yang berwibawa dan pakar dalam bidang pengkhususan masing-masing. Justeru itu, tidak dapat dinafikan penekanan terhadap aspek kualiti dalam menghasilkan KARYA AGUNG meninggalkan impak yang mendalam dalam karya tersebut.
No comments:
Post a Comment