Wednesday, April 30, 2014

ESTETIK DALAM KARYA AGUNG


Secara umumnya perkataan estetika dalam bahasa Yunani ialah aesthesis yang membawa maksud hal-hal yang dapat diserapkan oleh pancaindera atau lebih khusus lagi membwa maksud ‘kepekaan’ nanusia terhadap sesuatu gaya penulisan. Estetik juga boleh diertikan sebagai persepsi pancaindera (sense of perception), iaitu merupakan istilah estetika yang digunakan untuk  kajian falsafah. Selain itu, estetika juga membawa banyak pengertian daripada ramai tokoh falsafah. Ahli falsafah Jerman bernama Alexander Baumgarten (1714-1716) adalah orang pertama yang memperkenalkan perkataan aisthetika.

Estetik adalah rasa indah pada umumnya dan tentang keseniaan pada khususnya. Pandangan mengenai falsafah dan estetika sangat berhubung rapat dengan kesenian. Apabila disentuh tentang keindahan, maka secara langsung akan diperkatakan perkara berkaitan seni dan kesenian Estetika secara umumnya bermaksud keindahan. Oleh sebab itu, estetika merupakan satu cabang yang sangat dekat dengan falsafah seni. Nilai esteika itu sendiri melibatkan seni dan  keindahan. Apabila dilihat dari konsep yang berkaitan dengan karya, kita dapat mengaitkan unsure ini dengan karya yang dihasilkan iaitu penghasilan bahasa yang estetik iaitu indah dan berseni. Secara umumnya, estetika dikaitkan dengan karya seni manusi atau mengenai alam semesta. 

William Haverson mengatakan estetika adalah segala hal yang berhubungan dengan sifatdasar nilai-nilai nonmoral suatu karya seni.Estetika sering diungkapkan sebagai persamaan makna seni, tetapi ia berbezadengan ‘falsafah keindahan’, kerana estetika tidak semata-mata menjadi permasalahanfalsafah. Di dalamnya menyangkut perbahasan ilmiah berkaitan dengan karya seni, yangmerangkumi bidang ilmiah, antaranya meliputi perbincangan tentang keindahan dalamseni atau pengalaman estetik, gaya atau aliran seni, perkembangan seni dan sebagainya.Secara langsung pengkajian falsafah estetika bersangkutan dalam bidang-bidang seperti psikologi, sosiologi, antropologi dan lain-lain yang bersangkutan,

Selain itu, estetika juga dapat dikaitkan sebagai keindahan yang berdasarkan penglihatan iaitu seni rupa dan keindahan yang boleh didapati melalui pendengaran contohnya, muzik. Oleh sebab itu, keindahan dapat diertikan sebgai keindahan yang meliputi aspek keindahan seni, keindahan alam, keindahan moral, dan keindahan intelektual. Estetika sebagai keindahan dan keagungan. Estetika juga merupakan sebahagian penciptaan simbol- simbol yang wujud dari perasaan manusia sebagai hasil keseniaan dan juga sesuatu yang mewakili perasaan amnesia. Maksudnya, estetika bersifat simbolisme iaitu simbol-simbol yang dimaksudkan bukan sahaja hasil karya seni lukis tetapi hasil binaan yang mempunyai simbolik tersendiri hasil ciptaan manusia. Sebagai contoh, seni binaan bangunan yang kaya dengan simbol dan keindahaan tersendiri seperti rekaan bangunan Menara Petronas, Kuala Lumpur.

Dalam mentafsirkan konsep keindahan yang dibentangkan dalam Ihya Ulum ad-Din oleh Imam Ghazali, penyelidik Rusia, Dr. A. V. Sagadeyev menulis:

Al-Ghazali memberi definisi keindahan yang umu sebagai pernyataan kesempurnaan yang diwujudkan berupa sebuah benda dan sesuai dengan hakikatnya. Setiap benda mempunyai satu jenis kesempurnaan yang cocok dengannya. Walau bagaimanapun sesuatu yang sama sekali berlawanan dengan kesempurnaan itu mungkin merupakan kesempurnaan bagi sebuah benda lain. keindahan menyatakan diri secara paling bagus kalau sebuah benda mempunyai semua cirri kesempurnaannya. Ketiadaan beberapa ciri berkenaan mengakibatkan keindahan yang menjelma berupa benda tersebut pasti merosot secara berkadar.

                                                              (A.V Sagadeyev, 1954: 34)

Estetik dalam Sulalatus Salatin.
Unsur merupakan satu unsur keindahan dalam berbahasa iaitu dengan memberikan sifat manusia kepada benda lain. Unsur personafikasi yang dapat dilihat dalam karya Sulalatus Salatin ialah:

“rupa tunggul panji-panji seperti awan berarak; rupa payung segala raja-raja”

                                                    (Muhammad Haji Salleh, 1997: 26)

Dalam ayat di atas, pengarang telah menggunakan kata kerja berarak yang dilambangkan sebagai unsur personafikasi kepada awan. Awan merupakan kata nama yang tidak bernyawa, tetapi diberi sifat manusia kepadanya. Unsur ini digunakan untuk menunjukkan keindahan bahasa.


“lembing bertikamkan lembingnya”
                                                    (Muhammad Haji Salleh, 1997: 13)


“tombak bertikamkan tombaknya”
                                                    (Muhammad Haji Salleh, 1997: 13)


“pedang bertetakkan pedangnya.”
                                                    (Muhammad Haji Salleh, 1997: 13)


Ayat di atas menunjukkan penulis ingin menceritakan keadaan yang sedang berlaku pada waktu itu. Oleh sebab itu, penggunaan unsur personafikasi digunakan dalam ayat-ayat di atas. Sifat manusia seperti bertikam dan bertetak diletakkan bersama-sama dengan benda yang tidak mampu menghasilkan tindakan yang serupa dengan sifat manusia. Penggunaan unsur ini adalah untuk menimbulkan kesan estetik dalam karya yang dapat menimbulkan perasaan seronok ketika membaca karya tersebut.


“Kuda betina dengan baik”
                                                                                                                                                                (Muhammad Haji Salleh, 1997: 18)

Kuda merupakan haiwan yang tidak boleh disandarkan dengan kata sifat iaitu baik. Namun, penulis telah memberi sifat itu kepada kuda bagi melambangkan keadaan kuda pada masa itu yang bersifat jinak. Unsur yang digunakan membantu pembaca untuk lebih mudah memahami situasi yang sedang berlaku dengan lebih baik.


“jikalau emas berkepala perak itu pun larangan raja Melayu.”
                                                                                                                                                                (Muhammad Haji Salleh, 1997: 61)


Sifat lain yang diguna oleh penulis dalam karya Sulalatus Salatin juga boleh dilihat melalui petikan di atas.  Penulis telah menggunakan sifat manusia yang mempunyai kepala dan diberikan kepada benda iaitu emas. Emas merupakan suatu benda yang tidak mempunyai sifat atau anggota badan. Penggunaan ini bertujuan menunjukkan ketinggian sesuatu benda yang dipakai. Melalui petikan di atas, raja melarang rakyat biasa memakai emas ataupun perak. Apabila didapati bersalah mereka akan mendapat hukuman mati.

“perisyai dan panah diselang duduknya”
                                                                                                                                                                (Muhammad Haji Salleh, 1997: 61)

Unsur personafikasi yang seterusnya boleh dilihat melalui ayat di atas iaitu penulis meletakkan sifat manusia iaitu duduk. Duduk merupakan satu perbuatan manusia, tetapi panah yang mewakili benda tidak boleh mewakili kata kerja duduk. Maksud yang ingin diketengahkan oleh penulis ialah berkaian susun atur benda di istana dan para pembesar semasa kedatangan pembesar untuk mengadap raja.


Penggunaan Bahasa Istana

Tidak dinafikan penggunaan bahasa istana di dalam karya bahasa Melayu Klasik kerap berlaku berbanding dalam karya Melayu Moden. Watak utama di dalam karya bahasa Melayu klasik adalah terdiri daripada watak istana yang melibarkan sultan, permaisuri, anakanda, dayang, pembesar, dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, penggunaan bahasa istana amat diperlukan untuk mewarnai karya sastera tersebut agar lebih menarik dengan keindahan bahasa istana yang sangat lembut dan berlapik.  Penggunaan bahasa istana juga diperlukan dalam karya bahasa Melayu lasik bagi mengisahkan cerita-cerita yang membabitkan keluarga diraja. Perkara ini dapat dijelaskan lagi menerusi contoh ayat yang dipetik daripada Hikayat hang Tuah yang dikemukakan oleh Kassim Ahmad yang berbunyi:

Maka pada ketika itu juga baginda pun melengkapi anakanda baginda itu dengan inang pengasuh dan dayang-dayang sepertinya. Maka tuan putero Kemala ratna Pelingan dipeluk cium dan ditangisinya oleh ayahanda baginda.
                                                                                                                                                                               (Kassim Ahmad, 1997 :5)

Namun begitu, penggunaan bahasa istana ini kurang digunakan di dalam bahasa Melayu Moden. Hal ini telah dibuktikan apabila karya yang ditulis menggunakan bahasa Melayu Moden kurang menggunakan tema keluarga diraja. Kebanyakan penulis akan menggunakan ema berkaitan dengan masyarakat moden yang tidak akan dikaitkan dengan keluarga diraja seterusnya penggunaan bahasa yang indah seperti bahasa istana tidak dapat dikekalkan dan semakin ditinggalkan oleh masyarakat Melayu Moden.

Penggunaan ayat yang panjang juga merupakan salah satu unsur estetik dalam karya agung iaitu salah satu aspek yang dapat membezakan bahasa Melayu Klasik dengan bahasa Melayu Moden. Ciri ini boleh dilihat melalui beberapa ayat yang terkandung di dalam Hikayat Hang Tuah iaitu:

Apabila tuan puteri dan segala isi istana itu mendengar bunyi-bunyian dan melihat segala perintah dewa-dewa turun terlalu banyak datang dengan pakainnya terlalu indah-indah- rata terang itu pun dengan perhiasannya keemasan-datang mendapatkan Sang Perta Dewa itu bertatahkan ratna munu manikam, maka Tuan Puteri Pelinggam pun tahulah akan Sang Perta Dewa itu anaknya besar turun dari keinderaan.
                                                                                                                                                                               (Kassim Ahmad, 1997: 6)

Contoh ayat di atas jelas menunjukkan penggunaan bahasa yang meleret-leret dalam Hikayat Hang Tuah. Ayat yang panjang merupakan satu unsur seni bahasa yang mampu menjadikan sesbuah karya menjadi menarik. Ianya juga dipercayai berpunca daripada gaya bahasa hiperbola yang biasa terdapat di dalam hasil sastera klasik. Gaya bahasa hiperbola bermaksud sesuatu perkara itu diceritakan secara berlebih-lebihan. Tujuan utama penggunaan gaya bahasa ini adalah untuk menekankan keistimewaan sesuatu benda atau perkara. Selain itu, penggunaannya juga dapat meninggalkan kesan yang mendalam kepada pembaca kerana melalui penggunaan hiperbola, pembaca akan dibawa bersama untuk menghayati sesuatu cerita kerana penggunaan gaya bahasa hiperbola dapat membantu pembaca menghayati sesuatu peristiwa dengan lebih mendalam. Melalui contoh yang diberi di bawah, jelas kelihatan daripada keindahan bahasa atau unsur estetik yang digarap oleh pengarang bagi mewarnai hikayat Hang Tuah menggunakan unsur hiperbola.

Segala perintah dewa-dewa turun terlalu banyak datang dengan pakaian terlalu indah-indah-rata terbang itu pun dengan perhiasannya keemasan.
                                                                                                                                                                               (Kassim Ahmad, 1997: 6)

Selain itu, dalam karya klasik atau karya agung juga turut menggunakan penggunaan imbuhan ‘nya’ untuk mengekalkan unsur estetik dalam karya. Penggunaan imbuhan ‘nya’ boleh digunakan bagi menggantikan ganti nama yang diulang beberapa kali. Ganti nama tunjuk atau perkataan-perkataan yang tidak diperlukan boleh diabaikan bagi tujuan meringkaskan  sesebuah ayat. Penggunaan imbuhan ‘nya’ ini bertujuan mengelakkan daripada kekerapan menggunakan ayat yang panjang seterusnya menjadikan karya tersebut suatu karya yang tidak menarik, menyebabkan pembaca menjadi bosan untuk menimati sesebuah karya. Sebagai contoh ayat yang menggunakan imbuhan ‘nya’ dalam hikayat Hang Tuah ialah:

Maka Sang Sapurba terlalu sukacita melihat isterinya hamil itu. Setelah genablah bulanya, maka tuan puteri pun berputeralah seorang lelaki, terlalu elok rupanya sikapnya.
                                                                                                                                                                             (Kassim Ahmad, 1997: 11)


Berdasarkan contoh ayat di atas, menunjukkan pemulis telah mengulang sebanyak empat kali imbuhan ‘nya’ dalam satu ayat. Ayat tersebut ditulis sebegitu bagi menjelasakan kepada pembaca bahawa Sang Sapurba mempunyai anak seramai empat orang. Penggunaan ayat yang panjang dan berulang-ulang ini akan menjadikan sesebuah ayat itu berbelit-belit dan sukar difahami. Keadaan ini menunjukkan bahawa penulis sangat bijak menggunakan bahasa dan memperlihatkan unsur estetik dalam karya tersebut. Keindahan karya juga terletak kepada kebijaksanaan penulis untuk menterjemahkan jalan cerita menggunakan seni bahasa yang dapat menarik minat pembaca.

Sumber dipetik daripada:
1. Muhammad Haji Salleh (1997). Sulalat Al-Salatin. Kuala Lumpur : Yayasan Karyawan dan
            Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. V.I Branginsky (1994). Nada-nada Islam dalam Sastera Melayu Klasik. Selangor : Dewan
            Bahasa dan Pustaka.
3. Kasim Ahmad (1997). Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur : Yayasan Karyawan dan
            Dewan Bahasa dan Pustaka.


Dua gandingan

Huruf rumi dan penjajahan Barat, khu­susnya Inggeris adalah dua gandingan yang mencorakkan pemahaman sebaha­gian daripada kita terhadap sastera yang dianggap 'baik.' Karya­-karya sastera Ing­geris diperkenalkan kepada pelajar negara ini sejak 1940­an atau lebih awal dari tarikh itu, sama ada di sekolah misionari, sekolah Inggeris, dan malah sekolah Me­layu (melalui terjemahan).

Demikianlah kita dihidangkan dengan The Cantebury Tales oleh Chaucer, drama­-drama Shakespeare, Gulliver's Travels oleh Swift, novel­-novel karya Defoe, Richar­dson, Jane Austin, DH Lawrence dan se­bagainya. Perkenalan terhadap sastera Inggeris saja sudah melupakan kita akan hakikat wujudnya karya besar di sekeliling England seperti di Perancis, Jerman dan lain-­lain lagi.

Kendala menguasai bahasa asing selain Inggeris mengakibatkan kita agak terlewat mengikuti karya­karya besar dari negara lain kerana kita harus mencari versi ter­jemahan Inggerisnya. Lebih lewat lagi apa­ bila kita harus menunggu pula versi bahasa Melayu yang diterjemahkan daripada versi bahasa Inggeris daripada bahasa asalnya! Inilah situasi yang menyebabkan karya pengarang Perancis dan Jerman tiba lewat kepada kita.

Di Perancis umpamanya, karya besar muncul daripada penulis seperti Rabelais (Gargantua dan Pantagruel), Victor Hugo (Les Miserables), dan Flaubert (Madame Bovary). Di Jerman karya­-karya sastera yang menarik antara lain sudah diha­silkan oleh Thomas Mann, Hermen Hesse, Franz Kafka, Gunter Grass serta Goethe dengan drama besarnya, Faust.

Tunggu 240 tahun

Apabila baru-­baru ini Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) melancarkan Faust dalam bahasa Melayu, kita sebe­narnya menunggu karya agung ini selama kira-­kira 240 tahun sejak kali pertama diterbitkan di Jerman. Ini bukan saja aki­bat perhatian kita yang selama ini lebih berfokus kepada sastera Inggeris, tetapi juga masalah menemukan penterjemah yang cukup berwibawa, yang mendalami nuansa bahasa Jerman dan bahasa Me­layu dengan baik.

Selain menunggu kira­kira 240 tahun, kita juga sebenarnya menunggu seorang Latiff Mohidin untuk dapat menterjemah­kan Faust ke dalam bahasa Melayu. Latiff terdidik selama empat tahun di Academy of Fine Arts, Berlin. Beliau menguasai bahasa Jerman dengan baik. Beliau juga seorang penyair Melayu berbakat besar yang menghasilkan beberapa kumpulan puisi seperti Sungai Mekong, Kembara Ma­lam, Wayang Pak Dalang, Pesisir Waktu dan sebagainya.

Seorang penyair biasanya melalui pro­ses penyaringan idea, pemilihan diksi yang teliti, menyelami dunia bayangan bagi mencari mutiara metafora, dan me­nekuni bentuk, warna serta rentak ba­hasa, agar puisinya indah dan hidup di atas kertas. Apabila seorang penyair se­perti Latiff sudah menempuh proses ter­babit, ditambah pula dengan penguasaan bahasa Jerman, tidaklah menghairankan jika Faust hadir di hadapan kita dalam bahasa Melayu yang indah, bersahaja ser­ta merangsang emosi dan intelektual ki­ta.

Merangsang karya besar

Baik pengarang muda mahupun penga­rang mapan, mereka harus menekuni dan membiasakan diri membaca serta meng­hayati karya agung dunia. Ini boleh me­rangsang mereka untuk melahirkan karya besar.
Anggota masyarakat juga wajar mem­baca karya besar dan agung. Melaluipembacaan dan penghayatannya, kita menikmati seni estetika tinggi dan dalam masa sama memperkaya pengalaman ke­manusiaan dan menambah kebijakan.



ESTETIKA DALAM KARYA SULALATUS SALATIN

Teks Sulalatus Salatin adalah sebuah karya sastera yang mempunyai ciri-ciri estetika. Ciri estetika ini dapat dilihat dari seluruh peringkat, iaitu kemampuan pengarang menggabungjalinkan berbagai-bagai episod serta peristiwa dari peringkat awal iaitu asal usul keturunan raja-raja Melayu yang dikaitkan dengan keturunan raja-raja Melayu yang dikaitkan dengan keturunan Raja Iskandar Zulkarnain secara kreatif. Pengarang berjaya menimbulkan "significant" aspek "waad" yang merupakan perlambangan antara raja serta rakyat dan daripadanya lahirlah pemerintahan beraja Melayu dengan rakyat yang berjanji patuh setia selagi kedua pihak berpegang dengan "waad" berkenaan. Pengarang juga berjaya menggambarkan perkembangan negeri Melaka sebagai pusat perdagangan serta peradaban Melayu secara realistik dan menarik.

Ciri-ciri estetika dari segi implisit pula, pengarang berjaya menimbulkan ketegangan, lucu, duka serta kecewa hasil daripada gambaran-gambaran yang dipaparkan secara berkesan. selain daripada itu sebagai contoh diperturunkan ciri estetika yang dapat dihayati berhubung dengan kecantikan Tun Fatimah. Menurut pengarang:

Alkisah maka tersebutlah perkataan peribaik paras anak Bendahara Seri Maharaja yang bernama Tun Fatimah itu, terlalu sekali elok rupanya, tiadalah cendalanya lagi, sedap manis pantas pangus, seperti laut madu, bertasik susu, berpantaikan sakar; mukanya bercahaya berkilat-kilat seperti bulan purnama pada ketika cuaca. Tambahan pula kena pakaian nika warna; anak Bendahara, apa yang hendak dipakainya, tiada siapa melaranag dia; makin bertambah baik parasnya.
                                                              (A.Samad Ahmad 2008 :250)

Daripada petikan di atas memperlihatkan pengarang menggunakan unsur-unsur metafora (perbandingan) yang menghidupkan tentang kecantikan Tun Fatimah. Penggunaan unsur-unsur metafora, imaginasi, perorangan (personifikasi), alegori, penggunaan pantun, sinis, serta sindiran dapat dihayati dalam episod kegagalan peminangan Puteri Gunung Ledang oleh Sultan Mahmud Syah.

Rujukan:


A.Samad Ahmad (2008). Sulalatus Salatin. Kuala Lumpur : Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka

No comments:

Post a Comment