KARYA AGUNG

KARYA AGUNG DUNIA MELAYU


KARYA AGUNG DUNIA MELAYU dimaksudkan kepada karya agung di kawasan Dunia Melayu yang terdapat dalam bahasa-bahasa serumpun atau bahasa-bahasa Malayo-Polinesia yang lain. Terdapat banyak karya dalam bahasa-bahasa lain yang diiktiraf dalam bangsa berkenaan sebagai karya agung, antaranyaNagarakertagama atau Serat Centhini yang ditulis dalam bahasa Jawa, atau I la Galigo yang ditulis dalam bahasa Bugis. Karya-karya yang seperti ini jika sesuai dengan takrif Yayasan, boleh diterima sebagai Karya Agung Dunia Melayu dan bolehlah dimasukkan ke dalam rancangan Yayasaan untuk dikaji, diperkenalkan dan diterbitkan dalam bahasa Melayu melalui terjemahan.




Judul-judul dalam KARYA AGUNG yang terdiri daripada 16 naskhah adalah seperti berikut:

1.       Buku Pengenalan Karya Agung
2.      Sulalat al-Salatin
3.      Hikayat Hang Tuah
4.      Tuhfat Al-Nafis
5.      Hikayat Merong Mahawangsa
6.      Hikayat Raja Pasai
7.      Hikayat Acheh
8.      Pantun Melayu : Bingkisan Permata
9.      Syair Ken Tambuhan
10.  Undang-Undang Melaka dan Undang-undang Laut
11.  Hikayat Abdullah
12.  Cerita Penglipur Lara
13.  Bustan Al-Katibin
14.  Cerita Jenaka Melayu
15.  Hikayat Panji Jayeng Kusuma\
16. Hikayat Inderaputera

No comments:

Post a Comment