Tuesday, April 29, 2014

LIMA BUAH KARYA AGUNG



HIKAYAT HANG TUAH

Hikayat Hang Tuah (HHT) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur yang dikendalikan oleh Kassim Ahmad. HHT sebuah karya epik yang berbentuk prosa yang mengandungi lebih daripada 500 halaman dengan lebih kurang 164,000 patah-perkataan. HHT ini telah dihasilkan pada akhir kurun ke-17. Karya ini juga disebut Valentijin Kitab Hantoewa menurut Francois Valentijin dalam karyanya Oud en Nieuw Oost-Indien (1728). Tambahnya lagi, Karya ini biasanya dinamakan oleh Sarjana Melayu Sulatas-Salatin iaitu Sultan-Sultan Melaka.
Hikayat Hang Tuah merupakan sebuah epik kebangsaan. Epik ini telah menegemukakan watak Hang Tuah sebagai tokoh agung bagi bangsa Melayu dan sebagai lambing kemegahan dan kekuatan bangsa Melayu. Menurut Kassim Ahmad (1992: xvi) kebangunan, kebesaran dan kejatuhan Melaka berhubung rapat dengan tokoh Hang Tuah. Ini bermaksud, apabila Hang Tuah kecil Melaka baharu didirikan. Apabila Melaka besar dialah menjadi orang kanan bersama Bendahara, di dalam urusan pentadbiran dan di dalam urusan keselamatan di dalam negeri suaranya muktamad. Apabila ia jatuh sakit Melaka diancam oleh Portugis dan terus kalah apabila ia berundur dari perkhidmatan negara. Hang Tuah merupakan lambang kekuasaan dan kebesaran Melaka. Di dalam hidupnya tercatat riwayat Kerajaan Melayu Melaka dan bangsa Melayu dalam zaman Feudel yang sudah lampau. Selain daripada itu, watak Hang Tuah sebagai pahlawan yang taat setia kepada raja yang sanggup menyelami mahkota dan keris raja yang jatuh ke dalam laut.


Sinopsis Hikayat Hang Tuah

Pada suatu masa Sang Perta Dewa turun ke dunia untuk bermain di Pulau Biram Dewa. Baginda telah berjumpa dengan Puteri Kemala Ratna Pelinggan, kemudiannya baginda berkahwin dengan puteri tersebut dan mempunyai seorang putera bernama Sang Sapurba, yang kemudiannya menjadi raja di Bukit Siguntang Mahabiru. Seorang putera Sang Sapurba itu dirajakan di negeri Bentan. Hang Tuah dilahirkan di Sungai Duyung dan kemudian berpindah ke Bentan, sewaktu negeri itu meningkat maju. Sewaktu di Bentan, Hang Tuah bersama empat orang sahabat karibnya yang bernama Hang Jebat. Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu berjaya mengalahkansekumpulan musuh sehingga kegagahan mereka itu diketahui oleh bendahara.
            Pada suatu hari, Hang Tuah berjaya membunuh orang mengamuk yang telah membunuh ramai orang di pasar. Oleh kerana sifat keberaniaanya, Hang Tuah dilantik menjadi hulubalang negeri Melaka bersama-sama para sahabatnya itu. Mereka kemudian berpindah ke Melaka. Hang Tuah juga ditugaskan pergi meminang puteri Raden Emas Ayu, Puteri Betara Majapahit dan mengiringi rombongan raja Melaka sewaktu ke Majapahit. Sewaktu di Majapahit, Hang Tuah dapat membuktikan keberanian dan ketangkasannya, selepas berjaya mengalahkan Taming Sari, Hang Tuah telah diberi gelaran ‘laksamana’ dan dianugerahi keris Taming Sari oleh Betara Majaphit.
            Di Melaka, Hang Tuah difitnah oleh para pembesar yang diketuai oleh Patih Karma Wijaya, lalu dijatuhi hukuman bunuh. Hang Tuah membawa diri ke Inderapura yang kemudiannya berjaya membawa Tun Teja untuk dipersembahkan kepada raja Melaka. Selepas itu, beliau berhadapan pula dengan bekas tunangan Tun Teja, iaitu Megat Panji Alam dan berjaya mengalahkan rombongan dari Terengganu itu.
            Betara Majapahit amat marah apabila mendapat tahu raja Melaka telah beristeri dua. Rombongan raja Melaka pergi sekali lagi ke Majapahit. Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada memang bermaksud hendak membunuh Hang Tuah Raja Melaka dan menakluki Melaka. Tetapi akibat kehandalan Hang Tuah, cita-cita mereka menemui kegagalan.
            Hang Tuah difitnah kali yang kedua oleh orang yang sama, kononya hang Tuah membuat hubungan sulit dengan salah seorang dayang istana, iaitu suatu kesalahan yang sama dengan perbuatan derhaka. Raja Melaka terlalu marah, lalu Hang Tuah dijatuhi hukuman bunuh. Tetapi bendahara menyebunyikannya di Hulu Melaka. Hang Jebat disuruh mengambil alih tempat Hang Tuah. Disebabkan tragedi pembunuhan tanpa usul periksa itu, maka Hang Jebat menjadi marah dan bertekad menuntut bela atas kematian Hang Tuah. Apabila keadaan terdesak, maka Hang Tuah dipanggil semula menemui raja. Berlakulah pertikaman antara Hang jebat dan Hang Tuah yang akhirnya Hang Jebat dibunuh.
            Kemudian raja mengutus rombongan ke Benua Keling dan Raja Benua Keling pula menghantar Hang Tuah ke negeri China. Dalam perjalanan pulang, Hang Tuah bertempur dengan angkatan Feringgi dan beroleh kemenangan. Sementara ini Seri Betara Majapahit mangkat dan Raden Bahar ditabalkan menjadi raja Majapahit yang baharu.
            Hang Tuah dihantar pula ke Siam bagi mendapatkan gajah baka baik. Hang Tuah telah membunuh beberapa orang pahlawan Jepun yang menghinanya serta berjaya membawa balik beberapa ekor gajah. Sementara itu Tun Teja telah memperolehi dua orang putera yang diberi nama Raja Mahmud dan Raja Muhammad. Raja Mahmud dikahwinkan dengan puteri tawanan dari Terengganu dan Raja Muhammad pula dengan Puteri Seganda Lela.
            Sementara itu, anak Hang Jebat bernama Hang Kadim telah dihantar ke Inderapura oleh Tun Teja. Semasa di sana, beliau diberi gelaran Sang Setu di samping hadiah lain selepas memberi cadangan yang menyebabkan Inderapura selamat daripada serangan ikan todak. Keadaan tersebut menimbulkan iri hati dalam kalangan menteri-menteri, terutamanya temenggung yang ingikan jawatan bendahara. Seterusnya, raja menitahkan Hang Tuah ke Inderapura untuk menangkap pembunuh Hang Kadim serta membunuh raja Inderapura. Akhirnya, Inderapura menjadi sebahagian jajahan takluk Melaka.
            Pada suatu hari raja Melaka dan rombongannya pergi bersiar-siar di laut. Semasa melihat kecantikan ikan emas, tiba-tiba mahkota yang dipakai oleh raja telah terjatuh ke laut. Kebetulan pula, lautan itu dalam dan tempat bersarangnya buaya-buaya ganas. Hang Tuah cuba mengambilnya semula. Tetapi sewktu hampir ke perahu, keris Hang Tuah disambar buaya putih yang menyebabkan mahkota itu jatuh semula bersama-sama keris ke dalam laut. Semenjak peristiwa itu, Sultan Melaka dan Hang Tuah tidak pernah berasa sihat dan selalu sakit-sakit.
            Kemudian datang angkatan Feringgi lalu menyerang Malaka. Tetapi serangan yang pertama dapat dipatahkan oleh Hang Tuah. Selepas itu, Hang Tuah diutus pula ke Turki untuk membeli senjata. Sultan menabalkan puterinya sebagai raja menggantikannya. Raja Melaka yang tua itu pergi mengembara. Bendahara dan laksamana meletakkan jawatan kerana telah tua.
            Sekali lagi angkatan Feringgi datang dan kali ini membawa angkatan yang lebih besar. Akibat serangan Feringgi yang terlalu kuat dan hebat akhirnya orang-orang Melaka berundur dan kemudiannya membuka Johor Lama. Kemudian orang-orang Belanda pula datang lalu berjaya merebut negeri Melaka dari Feringgi, hasil kerjasama orang-orang Johor.
            Diakhir hikayat ini, diceritakan bahawa Hang Tuah tidak meninggal dunia tetapi dilantik menjadi wali Allah. Beliau berada di hulu Sungai Perak menjadi raja segala batak dan orang hutan.



HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA


Pendahuluan

Hikayat Merong Mahawangsa (HMM), yang menerangkan asal usul raja-raja Kedah berdasarkan mitos dan lagenda menjadi ahli genre sastera sejarah tradisional Melayu. Hampir setiap kerajaan Melayu zaman silam mempunyai hasil sastera sejarahnya sendiri yang menerangkan asal usul raja-rajanya, asal usul negeri, perkembangan sejarahnya dari awal hingga ke akhir berdasarkan konsep sejarah yang dipegang oleh masyarakat Melayu tradisional. Hasil sastera sejarah itu dipegang oleh kerajaan berkenaan sebagai suatu dokumen yang sah bagi pengabsahan kuasa raja ke atas negerinya.
Oleh hal yang demikian, dalam perbendaharaan kesusasteraan Melayu tradisional, terdapat berbagai-bagai hasil sejarah daripada yang paling terkenal kepada karya yang jarang-jarang diketahui, malah oleh orang Melayu sendiri. Bersama-sama dengan HMM dalam keluarga sastera sejarah ini terdapatlah Hikayat Raja Pasai, Hikayat Acheh, Hikayat Palembang, Sejarah Raja-Raja Riau, Hikayat Bangkahulu, Sulalat al-Salatin (Sejarah Melayu), Hikayat Johor, Hikayat Seri Kelantan, Hikayat Pahang, Hikayat Patani, Misa Melayu, Asal Usul Raja Sambas, Hikayat Banjar, Hikayat Kotawaringin, Salsilah Kutai, Hikayat Siak dan berbagai-bagai lagi.
Dalam sejarah perkembangan negeri-negeri di Nusantara, pengabsahan kuasa raja menjadi isu yang dipersoalkan dan disangsikan apabila muncul orang barat. Persolan itu sama ada ditimbulkan oleh kuasa barat sendiri mahupun oleh negeri-negeri lain yang menjadi jiran. Ini adalah sebahagian daripada taktik barat memecahkan negeri-negeri Melayu daripada bersekutu menentang kemaraannya.
Jelas dari sudut penciptaannya, salah satu dari sebab mengapa HMM dikarang ialah untuk digunakan sebagai dokumen pengabsahan kuasa raja Kedah ke atas negerinya dan kawasan-kawasan jajahannya. Hikayat ini juga berguna dalam menepis dakwaan Siam bahawa raja Kedah tidak berhak menyerahkan Pulau Pinang kepada Inggeris pada tahun 1786. Oleh itu, seperti hasil-hasil sastera sejarah Melayu tradisional yang lain, HMM adalah penggemblengan unsur-unsur realiti dan mitos yang digunakan untuk menegakkan kedaulatan raja-raja Kedah dan keturunannya.
 Sinopsis Hiakayat Merong Mahawangsa
Bahagian awal cerita mengemukakan kisah-kisah raja dan pembukaan negeri berdasarkan mitos dan lagenda atau cerita-cerita khayalan yang dipercayai masyarakat sama ada bersifat tempatan, bersifat Hindu ataupun cerita-cerita yang berasal dari pengaruh Islam. Dalam bahagian inilah hikayat ini menyatakan yang menjadi nenek moyang raja-raja Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa, seorang raja yang bukan sahaja mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Raja Rom tetapi juga menjadi pembesar kepercayaan Raja Rom.
Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh garuda.  Raja Merong Mahawangsa telah membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Beliau telah  pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan.
Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, iaitu seorang puteri sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu telah menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga emas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam setiap kali kekandanya mendapat putera.
Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepada Sultan Muzaffar Syah.
  

Unsur Pensejarahan Melayu Tradisional Dalam Hikayat Merong Mahawangsa

Pengarang karya sastera sejarah tradisional telah menggunakan berbagai-bagai unsur mitos dan lagenda untuk dijadikan sebagai bukti subjektif dalam penulisannya. Apabila hikayat itu menceritakan tentang sesuatu yang lebih dekat dengan zaman kini, barulah bukti objektif seperti unsur realiti dan sejarah sebenar dipakai.
Dalam Hikayat Merong Mahawangsa kita bertemu dengan berbagai-bagai unsur mitos yang berasal daripada pengaruh Hindu dan juga setempat. Pengaruh-pengaruh yang berbeza juga dipertentangkan supaya ternampak yang satu lebih mengatasi yang lain. Burung garuda, binatang mitos hindu kenderaan Visynu dipertentangkan dengan kuasa Allah menerusi Nabi Allah Sulaiman. Unsur mitos Hindu dan animisme seperti gajah sakti, anak raja yang ditemui dalam buluh betung dan dalam sungai, mitos asal usul tempat dan lain-lain semuanya dikemukakan dengan cara yang teratur dan bertujuan memberikan asal usul raja Kedah gambaran yang agung dan gemilang.
Cerita-cerita di sekitar Raja Bersiung adalah contoh penggemblengan unsur mitos Hindu dan unsur perlambangan untuk memberikan asal usul raja-raja Kedah suatu pewarnaan keagungan dan kehebatan. Penggemblengan unsur realiti dan mitos tergambar dalam gaya pengarang menceritakan bagaimana terjalinnya perhubungan antara Kedah dengan Siam. Dengan cara yang menarik, pengarang tidak menafikan bahawa Siam mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dari Kedah dan mengaku Kedah menghantar bunga emas dan perak kepada Siam. Tetapi pujangga istana Kedah menjelaskan peristiwa-peristiwa ini berlaku dengan pendekatannya yang tersendiri tanpa menjejaskan kedaulatan negeri Kedah.
Telah dijelaskan daripada awal bahawa perhubungan antara negeri Kedah dengan Siam adalah berasaskan ikatan kekeluargaan antara adinda bongsu dengan kekanda sulung. Dengan mudah dapat diterima mengapa permaisuri Raja Bersiong dan menteri keempat meminta bantuan dari Siam bila menghadapi masalah mencari orang yang sesuai untuk dijadikan raja, menggantikan Raja Bersiong.
Pengarang tidak mengatakan Raja Siam terus membantu tetapi Raja Siam berunding dengan ahli nujum dan meminta pihak ketiga, iaitu gajah sakti, untuk menyelesaikan masalah itu. Dengan menggunakan unsur-unsur yang wujud dalam sistem kepercayaan masyarakat, pengarang menyatakan tugasnya sebagai pujangga istana yang bertanggungjawab.
Keunggulan Hikayat Merong Mahawangsa makin terserlah dalam pengisahan kedatangan Islam ke negeri Kedah dan proses penyesuaian daripada amalan menyembah berhala kepada bertakwa kepada Allah Subhanahu wa Taala.Walaupun ia menceritakan peristiwa yang sama yang disebut dalam banyak karya sastera, pujangga istana Kedah menceritakannya dengan gaya yang berbeza.



HIKAYAT RAJA PASAI

Sinopsis Hiakyat Raja Pasai
Hikayat Raja Pasai terdiri daripada tiga bab. Bab 1 menceritakan tentang peristiwa-peristiwa yang diawali sejak sebelum berdirinya kerajaan Samudera Pasai hingga meninggalnya Sultan Malik al- Mahmud. Bab 2 menceritakan peristiwa-peristiwa di sekita hubungan antara Tun Beraim Bapa dengan Sultan Ahmad hingga meninggalnya Tun Beraim Bapa. Bab 3 bercerita tentang Puteri Gemerencang dari Majapahit yang jatuh cinta kepada Tun Abdul Jalil hingga runtuhnya Pasai. Hikayat ini diakhiri dengan daftar kerajaan-kerajaan yang ditaklukkan oleh Majapahit.
            Terdapat dua saudara, iaitu Raja Muhammad dan Raja Ahmad hendak membangunkan sebuah negeri di Samarlangga. Ketika menebas hutan, Raja Muhammad menemukan seorang anak perempuan yang muncul dari pokok buluh. Anak itu diberi nama puteri Betung. Raja Ahmad mendapat seorang anak lelaki yang dibawa seekor gajah, diberi nama Merah Gajah. Setelah kedua anak itu dewasa, kedua-duanya dikahwinkan dan pasangan ini mempunyai dua orang putera, Merah Silu dan Merah Hasum.
            Pada suatu hari, Merah Gajah melihat sehelai rambut Putri Betung yang berwarna emas. Dia meminta agar rambut itu dicabut. Isterinya menolak dan mengingatkan, apabila rambut itu dicabut akan terjadi perceraian diantara mereka. Namun, Mera Gajah memaksa mencabutnya sehingga keluar darah putih dari kepala puteri Betung dan matilah puteri Betung. Disebabkan peristiwa itu, terjadilah peperangan antara Raja Muhammad dan Raja Ahmad. Banyak orang suruhan daripada kedua-dua belah pihak telah tewas dan akhirnya kedua-dua raja itu pun menemui ajal dalam peperangan itu.
            Setelah perang usia, Merah Silu dan Merah Hasum telah bersepakat mahu meninggalkan Samarlangga untuk membuka negeri lain. Mereka berjalan sampai ke Beurana. Di hulu sungai, Merah Silu menemukan cacing gelang yang kemudiannya berubah menjadi emas dan perak setelah direbus. Dengan menggunakan emas dan perak itu, Merah Silu telah mengupah orang untuk menangkap kerbau liar untuk dijinakkan. Perkara ini tidak disukai oleh Merah Hasum, maka diusrlah Merah Silu. Setelah berjalan jauh, Merah Silu tiba di Bukit Talang, ibukota sebuah kerajaan yang diperintah oleh Megat Iskandar. Merah Silu telah diberi kebenaran untuk tinggal di ibu kota tersebut. Merah Silu telah memperkenalkan permainan melaga ayam. Permainan ini telah menarik perhatian banyak orang dari negeri lain hingga mereka telah datang ke Bukit Talang.
            Megat Iskandar sangat menyukai Merah Silu. Dia bermusyawarah dengan orang-orang besar dan bersepakat untuk menjadikan Merah Silu sebagai raja mereka. Keadaan ini meyebabkan saudara Megat Iskandar, Malik al- Nasr tidak bersetuju. Terjadilah peperangan diantara keduanya dan Malik al-Nasr kalah. Tidak lama kemudian Merah Silu membuka negeri di atas tanah tinggi dan diberi nama mengikut nama semut besar yang dijumpainya di situ.
            Dikisahkan pula bahawa menjelang wafat, Nabi Muhammad S.A.W. mewartakan kepada para sahabatnya bahawa di benua bawah angina kelak akan muncul sebuah negeri bernama Samudra. Ketika Samudra pasai telah berdiri, segera berita itu terdengar di Mekah. Syarif Mekah pun memerintahkan Syeikh Ismail, seorang ulama dan fakir (sufi) terkemuka, agar berlayar ke Samudra bersama pengikutnya untuk mengislamkan raka Samudra Pasai. Dalam pelayaran ke Samudra itu mereka singgah di Mangiri, yang sultannya berketurunan Abu Bakar Siddiq, sedangkan Abu Bakar Siddiq telah turun takhta menjadi fakir. Abu Bakar Siddiq lalu ikut berlayar ke Samudra bersama Syeikh Ismail.
            Sebelum kaal Syeikh Ismail berlabuh di Samudra, Meraj Silu bermimpi berjumpa dengan Nabi Muhammad S.A.W. yang mengajarinya mengucapkan kalimat syahadat dan tatacara solat. Setelah diislamkan, Meraj Silu diberi gelaran Sultan Malik al-Saleh. Setelah itu seluruh rakyat Samudra Pasai berbondong-bondong memeluk agama Islam. Setelah itu, Malik al- Saleh membuka negeri baru, sebuah kota yang strategik sebagai pelabuhan dagang di Selat Melaka yang diberi nama Pasai, mengikuti nama anjing kesayangannya yang berhasil menangkap seekor pelanduk ajaib ketika negeri baharu itu mulai dibuka.
            Tidak lama setelah itu, Malik al-Saleh menikahi puteri Sultan Perlak yang bernama Puteri Ganggang. Daripada perkahwinan ini lahir seorang anak lelaki, Malik al- Zahir menjadi raja di Pasai, sementara Sultan Malik al-Saleh tetap menjadi Raja di Samudra hingga mangkat. Sultan Malik al-Zahir dikurniakan dua orang putera, Sultan Malik al-Mahmud dan Sultan Malik al-Mansur. Setelah Sultan Malik al-Zahir amngkat, Sultan Malik al- Mahmud menjadi raja di Pasai, sedangkan Sultan Malik al- Mansur menggantikan Sultan Malik al-saleh sebagai raja di Samudra.
            Di bawah pemerintahan Sultan Malik al-Mahmud, Pasai bertambah makmur dan maju. Raja Siam yang mendengar berita itu berasa iri hati dan marah. Lantas ia membawa tentera lautnya menyerbu Pasai. Disebabkan ketangguhan angakatan laut Pasai, tentera Siam dikalahkan dan dihalau dari perairan Selat Malaka tanpa pernah kembali lagi untuk menyerang Pasai.
            Setelah penyerangan Siam itu, terjadilah serangkaian peristiwa yang mencoreng nama baik kerajaan Pasai dan menyebabkan keruntuhannya. Pada suatu hari adik Sultan Malik al-Mahmud bertemasya dan melalui depan istana abangnya. Ketika itu Sultan Malik al-Mahmud mahu pergi ke pantai. Sebenranya, menterinya telah berupaya mencegah Sultan Malik al-Mahmud agar is tidak ke pantai kerana menteri itu tahu bahawa adik sultan akan melalui di hadapan istana dalam perjalanan temasyanya. Menteri itu beranggapan bahawa akan terjadinya peristiwa yang boleh mendatangkan fitnah.
            Ketika Sultan malik al-Mansur melewati jalan di hadapan istana abangnya, seorang perempuan cantik muncul dari istana. Malik al- Mansur terpikat pada wanita itu dan sangat berahi. Lantas, Malik al-Mansur telah membawa perempuan itu pulang. Mendengar berita itu, Malik al-Mahmud murka dan mencari jalan untuk membalas dendam. Suatu hari ia mengundang Malik al- Mansur untuk menghadiri sebauh pesta. Dalam pesta itu, Malik al- Mansur dibekuk dan dipenjarakan di tempat yang jauh terpencil. Menteri yang mendampingi Malik al- Mansur dipenggal kepalanya dengan kejam.
            Tidak berapa lama kemudian, Sultan Malik al- Mahmud pun telah insaf dengan perbuatannya. Dia telah menyuruh Tun Perpatih Tulus Agung menjemput Malik al- Mansur. Di tengah perjalanan, setelah berziarah ke makam menterinya yang dihukum mati oleh abangnya, Malik al- Mansur jatuh sakit dan menghembuskan nafas terakhirnya di situ.
            Setelah Sultan Malik al- Mahmud wafat, takhta kerajaan jatuh ke tangan puteranya, iaitu Sultan Amhad. Sultan ini sangat menyukai wanita dan mengahwini wanita bila-bila masa sahaja yang dimahukannya. Dia telah dikurniakan 30 anak. Lima diantaranya seibu dan sebapa, iaitu Tun Beraim Bapa terkenal kerana keperwiraannya dan ketangkasannya di medan perang. Tun Abdul Fadhil sangat alim dan gemar mempelajari ilmu agama. Sedangkan Tun Abdul jalil seperti ayahnya hanya mahu memuaskan nafsu mereka sahaja. dua adik mereka, Tun Medan Persia dan Tun Takiah Dara sangat cantik. Sultan Ahmad sangat tertarik dengan dua puterinya itu dan memberitahu niatnya mahu mengahwini dua puteri kandung tersebut.
            Tun Berahim yang mendengar berita itu segera membawa lari kedua adiknya ke Tukas. Sultan Ahmad begitu murka dan berbagai-bagai cara dilakukan sultan untuk membunuh putera sulungnya itu, namun selalu gagal. Sultan bertambah murka setelah mengetahui bahawa puteranya itu bersenda gurau dengan seorang dayang cantik bernama Fatimah Lampau. Pada suatu kesempatan, Sultan Ahmad mengajak Tun Beraim Bapa bertemasya dan memberikan ayapan yang beracun. Kerana tidak mahu derhaka kepada ayahnya, Tun Beraim Bapa memakan juga ayapan itu walaupun beliau tahu dua adik perempuannya mati kerana memakan makanan yang sama. Dia pun meninggal dan jenazahnya dimakamkan di Bukit Fadhillah.
            Kezaliman Sultan Ahmad tidak berkurang kerana disebabkan perkara itu. Dia nekad membunuh Tun Abdul Jalil hanya kerana puteranya ini dicintai oleh puteri Gemerencang, anak Raja Majapahit. Ketika Puteri Gemerencang tiba di Pasai dan mendengar kematian kekasihnya, dia pun berdoa supaya mati dengan cepet dan kapalnya tenggelam. Terjadilah yang diharapka itu. Keadaan ini menyebabkan Raja Majapahit menyerang Pasai kerana panglima perangnya yang handal, Tun Beraim Bapa, telah tiada, Pasai pun kalah. Dengan penuh penyesalan Sultan Ahmad melarikan diri ke Menduga.



 BUSTAN AL- KATIBIN

Pada permulaan cerita dalam teks ini mengisahkan tentang jurai keturunan raja-raja Melayu. Cerita dimulakan dengan bacaan ayat suci. Pengarang kemudiannya menceritakan pada bab pertama dan beberapa pasal lagi tentang salsiah keturunan raja-raja Melayu ynag dimulai dengan seorang raja Melayu yang bernama Seri Teri Buana berasal dari Bukit Siguntang yang turun ke Palembang, lalu ke Bentan dan akhirnya membuka negeri di Singapura.
Semasa di Singapura, berlakulah kisah pemerintahan Seri Teri Buana dan terus bertukar tangan dalam keturunannya sehingga kepada Paduka Seri Maharaja. Semasa pemerintahan Paduka Seri Maharaja inilah Singapura telah dilanggar oleh ikan todak. Hal ini kerana Paduka Seri Maharaja telah membunuh seorang ulama aulia Allah namanya Tuan Zain al-Khatib. Setelah Paduka Seri Maharaja mangkat, anaknya menjadi raja bergelar Raja Iskandar Syah. Setelah itu, Singapura telah dikalahkan oleh Majapahit, akibat Sang Rajuna Tapa telah belot membuka pintu pagar kepada orang Majapahit. Hal ini kerana, Raja Iskandar Syah telah membunuh anak Sang Rajuna Tapa tanpa usul periksa akibat fitnah. Setelah kalah kepada Majapahit, Raja Iskandar Syah mengambil keputusan untuk membuat negeri di Melaka.
Apabila Raja Iskandar Syah meninggal dunia, anaknya yang bernama Raja Besar Muda menjadi raja. Raja Besar Mudalah yang mula-mula melantik menteri yang empat. Raja Tengah, anak kepada Raja besar Muda menjadi raja dan kemudian digantikan pula oleh Raja Kecik Besar. Raja Kecik Besar ialah raja Melayu yang mula-mula memeluk agama Islam dengan memakai nama Sultan Mauhammad Syah. Baginda telah menetapkan adat raja dan orang besar Melaka, serta kedudukan anak raja dan orang besar-besar dalam istana. Sultan Muhammad Syah digantikan oleh Sultan Abu Syahid dan baginda pula digantikan oleh Sultan Mansur Syah.
Semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah inilah terjalinnya hubungan dengan Bugis. Sultan Mansur Syah digantikan oleh Sultan Alauddin Riayat Syah dan kemudian digantikan pula oleh Sultan Mahmud Syah. Semasa Feringgi mengalahkan Melaka, Sultan Mahmud Syah berpindah ke Batu hampar dan Sultan Ahmad Syah berundur ke Bentayan. Sultan Mahmud Syah kemudian berundur ke Pahang, dan akhirnya ke Kampar sehingga baginda mangkat di sana. Anakanda baginda, Sultan Abdul Jalil menaiki takhta kerajaan cucu cicit Sultan Muzaffar Syah sampai kepada Tengku Long yang dirajakan oleh orang Inggeris di Singapura bergelar Sultan Husain Syah. Raja Syiak pula ialah keturun Sultan Abdul Jalil. Raja Kecik ialah raja Syiak yang pertama digantikan oleh anakandanya, Tengku Mahmud Raja Buang, bergelar Sultan Mahmud. Sultan Mahmud digantikan oleh anakandanya, Raja Ismail. Yang Dipertuan Mudanya ialah Raja Muhammad Ali.
Selepas kemangkatan Raja Kecik Besar, berlaku perang saudara antara Raja Alam dengan Sultan Mahmud. Sultan Mahmud kalah dalam peperangan itu dan meminta perlindungan daripada bapa saudaranya, Sultan Sulaiman. Akhirnya, Raja Alam mati dipanah oleh Raja Syulan. Raja Alam mengalami kekalahan dalam peperangan itu. Yamtuan Raja Ismail menjadi raja selepas kemangkatan Sultan Mahmud. Dengan bantuan Holanda, Raja Alam telah mengalahkan Raja Ismail.. Raja Alam menjadi raja Siak dan anakandanya, Yamtuan Muda Muhammad Ali menjadi Yamtuan Muda Siak. Raja Alam mangkat di Siak. Selepas kemangkatannya, Yamtuan Raja Ismail menyerang dan menguasai Siak. Yamtuan Muda Raja Ismail digantikan oleh anakandanya, Raja Yahya atau Tengku Sulung. Yamtuan Mudanya ialah Yamtuan Muda Muhammad Ali. Tidak lama kemudian, Saiyid Ali bin Othman, cucu Raja Alam melanggar negeri Siak. Dengan ini keturanan Melayu yang menjadi raja di Siak terputus dan digantikan pula oleh keturunan Arab, iaitu keturunan Saiyid Ali.
Kemudian,diceritakan dalam teks ini asal usul orang Bugis. Orang bugis dikatakan berasal daripada seorang perempuan yang bernama Sitti Malangkik, dari negeri Luwuk. Ada orang mengatakan Sitti Malangkik berasal dari keturunan Puteri Balkis. Raja Opu La Maddusila ialah raja Bugis yang mula-mula memeluk agama Islam. Anak Opu La Maddusila ialah raja di negeri Luwuk. Seorang Bugis yang bernama Opu Daheng Biasa menjadi orang besar Bugis di Tanah Jawa. Anak Opu La Maddusila, iaitu Daheng Rilaga telah mengembara ke sebelah barat Tanah Bugis. Daheng Rilaga mempunyai lima orang anak lelaki iaitu, Opu daheng Pirani, Opu Daheng Menambun, Opu Daheng Marewah, Opu Daheng Cellak dan Opu DahengKemasi. Keturunan Bugis yang lima bersaudara inilah yang memainkan peranan penting dalam sejarah Riau-Lingga dan Tanah Melayu.
Kemudian, diceritakan pula pemindahan kuasa dari raja kepada bendahara. Pemindahan kuasa ini bermula apabila Raja Mahmud telah membunuh isteri Megat Seri Rama kerana memakan seulas nangka yang hendak diberikan kepada baginda. Pada hari jumaat semasa Sultan Mahmud dijulang ke masjid, Megat Seri Rama menikam baginda dan baginda sempat menikam Megat Seri Rama. Sultan Mahmud mangkat di situ termasuk juga Megat Seri Rama.
Setelah kemangkatan Sultan Mahmud, datuk bendahara telah diangkat menjadi raja Johor. Isteri Sultan Mahmud, iaitu Encik Pong telah melahirkan seorang yang yang diberi nama Tun Bujang dan dikenali kemudiannya dengan nama Raja Beralih. Sultan Abdul Jalil yang memerintah Johor selama dua puluh tahun telah melantik saudaranya menjadi raja muda. Anakandanya yang tua telah dijadikan bendahara dan anakandanya yang tengah dijadikan temenggung manakala anakandanya yang bongsu bergelar Raja Indera Bongsu. Baginda mempunyai banyak seteru terutamanya dengan orang Bugis, Minangkabau dan Pattani.
Opu-opu lima beradik yang berada di Langat telah bermuafat dengan orang Bugis untuk menyerang Johor. Di Johor, Sultan abdul Jalil telah dikalahkan oleh raja Kecik dan Raja Kecik akhirnya telah menjadi menantu Sultan Abdul Jalil. Sementara itu, Sultan Abdul Jalil dan Raja Sulaiman telah dihina oleh Raja Kecik. Tengku Tengah yang tidak jadi berkahwin dengan Raja Kecik memujuk opu-opu untuk menghapuskan Raja Kecik. Raja Sulaiman berjanji jika kelima-lima opu-opu itu menang, salah seorang akan menjadi Yang Dipertuan hingga turun-temurun. Tengku Tengah kemudiannya dinikahkan dengan Opu Daheng Parani. Selepas kejadian itu, Raja Kecik berasa syak dengan orang Bugis, selagi orang Bugis itu berada di Johor.
Sementara itu, dikisahkan Sultan Muhammad Saiful Din di sebelah matan yang mempunyai dua orang putera yang bernama Muhammad Zainul Din dan Pangeran Agung. Muhammad Zainul Din diangkat menjadi raja bergelar Sultan Muhammad Zainul Din.pangeran Agung tidak bersetuju dengan perlantikan itu lalu dirampasnya kerajaan abangnya itu dan Sultan Muhammad Zainul Din pun melarikan diri ke negeri Banjar untuk meminta bantuan raja Banjar. Kemudian, sultan banjar menyerang Matan dan Panglima Pantas mati dalam peperangan itu. Manakala Sultan Muhammad Zainul Din terkepung di dalam masjid lalu masjid itu dikunci dari luar dan beberapa orang hulubalang mengepung masjid supaya Sultan Zainul Din tidak dapat melarikan diri. Opu-opu lima beradik telah menyelamatkan Sultan Muhammad Zainul Din. Pangeran Agung telah menyuruh kelima-lima opu-opu itu keluar dari Matan dan menghadap sultan Banjar. Sementara itu, di Johor berlaku perbalahan antara Raja kecik dengan Sultan Abdul Jalil akibat daripada fitnah yang mengatakan Raja Kecik bukan anak Marhum Mangkat Dijulang. Maka berlakulah peperangan semula antara Minangkabau dengan Johor.
Selepas itu, Sultan Abdul Jalil telah berpindah ke Terengganu dan ada yang mengatakan anak-anak raja Johor berpindah ke Melaka. Sultan Abdul Jalil kemudiannya membuat negeri di Kuala Pahang, Raja Kecik pula berpindah ke Riau kerana baginda beranggap negeri Johor negeri yang celaka. Di Riau, sesetengah rakyat Johor menyebelahi Raja Kecik dan sesetengah lagi meyokong Sultan Abdul Jalil. Raja Kecik menyuruh Laksamana Nahkoda Sekam meyerang Kuala Pahang dan membawa Sultan Abdul Jalil ke Riau mengahadap Raja Kecik. Semasa dalam perjalananan ke Riau, datang utusan membawa surat yang meyuruh Nahkoda Sekam membunuh Sultan Abdul Jalil.berlaku pergelutan yang menyebabkan Sultan Abdul Jalil terbunuh. Nahkoda Sekam kemudiannya membawa anakanda-anakanda Sultan Abdul Jalil ke Riau dan diserahkan kepada Raja Kecik. Namun, Raja Sulaiman kemudiannya telah bermesyuarat dengan Datuk Bendahara meminta pertolongan dari opu-opu lima beradik meyerang Riau. Akhirnya, raja Kecik melarikan diri ke Lingga.
Setelah menakluki Riau daripada Raja Kecik, Raja Sulaiman telah diangkat menjadi sultan johor dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah. Sultan Sulaiman kemudiannya telah mengangkat salah seorang lima adik-beradik opu-opu, iaitu Kelana Jaya Putera menjadi Yang Dipertuan Muda untuk memerintah Riau, Johor, Pahang, dan seluruh jajahan takluknya.
Opu Daeng Parani, Opu Daeng Menambun dan Opu Daeng Kemasi kemudiannya belayar ke Selangor. Opu Daeng Parani kemudiannya berkahwin dengan anakanda Yang Dipertuan Selangor. Sementara itu, Sultan Kedah telah meminta Opu daeng Parani membantu baginda merampas semula Kedah yang telah dirampas oleh adik baginda. Opu Daeng Parani bersetuju dan berjaya menakluk Kedah. Oleh itu beliau telah diberi hadiah oleh Sultan Kedah. Opu-opu lima bersaudara telah melantik raja Kedah yang tua sebagai Yang Dipertuan Kedah. Ini telah menimbulkan kemarahan kepada raja Kedah yang muda lalu melanggar kota Kedah. Dalam peperangan itu, raja muda Kedah telah kalah kepada orang Bugis. Oleh itu, Yang Dipertuan Kedah telah membayar tiga bahara emas kepada mereka dan minta ditangguhkan bakinya.
Raja muda Kedah yang kalah dalam peperangan itu telah meminta bantuan Raja Kecik di Siak untuk menyerang semula kota Kedah. Oleh itu, Yang Dipertuan Kedah telah meminta bantuan opu-opu lima bersaudara. Akhirnya berlaku lagi peperangan dan Opu Daeng Parani mati dalam peperangan itu manakala Raja Kecik yang tewas dalam peperangan itu telah melarikan diri ke Siak.
Setelah Opu Daeng Parani dimakamkan, Yang Dipertuan Muda kembali ke Riau dan singgah di Kampar setelah mendapat tahu Sultan Sulaiman di Kampar. Dan membawa baginda balik semula ke Riau. Raja Kecik datang semula ke Riau untuk mengambil semula isterinya, Tengku Kamariah. Telah berlaku peristiwa sumpah setia antara Yang Dipertuan Muda dengan Raja Kecik. Namun Raja Kecik telah mungkir janji dan telah menyerang Riau. Raja Kecik tewas dan melarikan diri semula ke Siak. Selepas peperangan itu, raja tua ke Terengganu bagi merajakan Tun Zainul Abidin sebagai Sultan Terengganu dengan gelaran Sultan Zainul Abidin Raja Terenggganu atas perintah Yang Dipertuan Muda dan Raja Sulaiman.
Kemudiannya diceritakan pemergian Yang Dipertuan Muda ke Tapukan. Bagginda jatuh sakit dan terus mangkat. Sultan Sulaiman telah melantik Opu Daeng Cellak menjadi Yang Dipertuan Muda yang baru. Yang Dipertuan Muda baru itu kemudiannya pergi ke Mempawah dan sampai di sebelah Pulau Kalimantan. Yang Dipertuan Muda kembali semula ke Selangor dan telah menyerang Daeng Matekkuh. Daeng Matekkuh kalah dan melarikan diri kepada Raja Kecik. Yang Dipertuan Muda kembali semula ke Riau. Daeng Matekkuh telah dibawa oleh Raja Kecik menghadap Yang Dipertuan Muda untuk memohon ampun dan diperkenankan oleh Yang Dipertuan Muda tapi Daeng Matekkuh tidak boleh membawa isterinya balik kerana Yang Dipertuan Muda tidak mempercayai kata-kata Daeng Matekkuh dan Daeng Matekkuh kemudiannya kembali semula ke Siak. Setahun kemudian, Sultan Zainul Abidn Terengganu telah mangkat dan Sultan Sulaiman telah melantik Raja Mansur menjadi sultan dan akhirnya menjadi manantu kapada Sultan Sulaiman.
Di Siak, Raja Kecik telah berpakat dengan Daeng Matekkuh untuk membawa balik isterinya ke Sianatan dan seterusnya melanggar Riau. Namun, Raja Kecik kalah dalam peperangan tersebut. Setelah itu, Sultan Sulaiman telah berangkat ke Pahang, lalu ke Terengganu. Di Terengganu, baginda telah medengar khabar yang Raja Kecik akan ke Terengganu lalu menyuruh orang menyiapkan kubu di Kuala Terangganu. Baginda kemudiannya kembali semula ke Riau atas permintaan orang besar Riau. Kemudian Raja Alam dating ke Riau bersama angkatan perang. Yang Dipertuan Muda telah mengarahkan Raja Alam diperangi namun perahu panglima Riau terdampar di pantai akibat rebut dan menyebabkan baginda sendiri turun memerangi Raja Alam sehingga ke pagi. Raja Alam, Daeng Matekkuh, dan Raja Emas berundur ke Kuala Riau dan seterusnya kembali ke Siak menghadap Raja Kecik. Berakhirlah peperangan antara Raja Kecik dengan opu-opu lima bersaudara dan Yang Dipertuan Muda.
Raja Alam kemudiannya telah diangkat menjadi raja Siak menyebabkan berlaku perebutan kuasa antara Raja Alam dan adinda baginda, Tengku Mahmud sehinggakan Siak dalam keadan huru-hara. Peristiwa itu sampai ke pengetahuan Raja Kecik dan baginda mengatakan siapa yang menang akan menjadi anakanda baginda. Oleh kerana hamper kesemua rakyat Siak menyebelahi Tengku Mahmud mnyebabkan Raja Alam berundur ke Palembang dan seterusnya ke Deli. Tidak lama kemudian, Raja Kecik mangkat dan digantikan oleh Sultan Mahmud menjadi raja di Siak. Raja Alam kemudianya melanggar Siak dan Sultan Mahmud tewas lalu berundur ke Pulau Lawan. Pemerintahan Siak sentiasa bertukar tangan antara Sultan Mahmud dengan Raja Alam.
Manakala di Selangor pula, berlaku perbalahan menyebabkan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah berangkat ke Ungaran dan seterusnya ke Muar berjumpa dengan Yang Dipertuan Muda Opu Daeng Cellak kerana mendengar Sultan Mahmud dan anakanda yang lari dari Siak berada di Muar dan seolah-olah ingin menguasai Muar. Namun, Sultan Mahmud tidak mahu keluar dati Muar lalu disuruh bedil Yang Dipertuan Muda Opu Daeng Cellak lalu baginda berundur. Yang Dipertuan Muda Opu Daeng Cellak kemudian ke Selangor kerana berlaku perselisihan antara Yang Dipertuan Muda Perak. Hal ini disebabkan oleh raja Perak tidak mahu mengikut arahan Yang Dipertuan Muda. Akhirnya Perak dilanggar oleh Yang Dipertuan Muda Opu Daeng Cellak. Setelah menguasai Perak, Yang Dipertuan Muda menyusun semula pemerintahan Perak dan membuat perjanjian dengan Yang Dipertuan Muda Selangor. Yang Dipertuan Muda Opu Daeng Cellak kemudiannya kembali semula ke Riau.
Semasa pemerintahan Yang Dipertuan Muda Opu Daeng Cellak, Riau menjadi sebuah negeri yang makmur dan ramai pedagang dari Jawa dan Benggala berniaga di Riau. Pada masa inilah Yang Dipertuan Muda Opu Daeng Cellak mengarahkan menanam gambir dan berates-ratus ladang gambir diusahakan dan tukang masaknya ialah orang yang datang dari negeri China. Setelah Yang Dipertuan Muda Opu Daeng Cellak mangkat, Sultan Sulaiman melantik Daeng Kemboja sebagai Yang Dipertuan Muda. Manakala Raja Haji, putera Yang Dipertuan Muda Opu Daeng Cellak dilantik sebagai Kelana Kapit Yang Dipertuan Muda. Apabila Yang Dipertuan Muda balik semula ke Selangor, baginda membawa balik Raja Haji dan mengahwinkannya dengan Raja Aisyah, anakanda Yang Dipertuan Muda Kelana Jaya Putera. Tidak lama kemudian, Raja Aisyah mangkat dan Raja Haji berkahwin dengan Engku Senduk, anakanda kepada Raja Amran. Yang Dipertuan Muda kemudian kembali semula ke Riau.
Pada zaman Yang Dipertuan Muda Daeng Kemboja memerintah Riau, terjadilah perselisihan faham antara raja-raja Melayu dengan raja peranakan Bugis. Raja-raja Melayu diketuai Tun Dalam , menantu kepada Raja Sulaiman. Pada raja-raja Melayu, orang Bugis ialah orang pendatang. Sementara itu, anak-anak raja Bugis mencabar anak-anak raja Melayu bahawa anak-anak raja Melayu boleh hanya boleh mengambil alih pemerintahan dengan kekerasan. Kemuncak perbalahan suku Melayu berula apabila Sultan Mahmud Siak dating ke Riau untuk meminta ampun kepada Sultan Sulaiman dan orang Bugis dan meminta Sultan Sulaiman melanggar Raja Alam yang menguasai Siak yang telah merampasnya dari Sultan Mahmud, iaitu Yang Dipertuan Terengganu. Raja Kecik bersetuju membantu Sultan Mahmud akan tetapi pihak Bugis tidak bersetuju kerana perbuatan itu seoalah-olah pihak Bugis berperang dengan saudaranya. Siak pun diserang dengan bantuan Holanda dari Melaka.
Setelah peperangan tersebut, Raja Alam berundur ke Batu Betara dan Sultan Mahmud menjadi raja Siak. Holanda menduduki Pulau Gontong dan membuat perjanjian dengan Sultan Mahmud. Sultan Sulaiman kembali ke Riau. Namun Sultan Mahmud mengingkari perjanjian dan merompak semua perahu Jawa yang hendak masuk ke Siak termasuk juga keci Holanda. Gabenor Melaka mengarahkan supaya memerangi Sultan Mahmud dan tidak membenarkan Sultan Mahmud masuk ke Siak. Tidak lama kemudian, Holanda meninggalkan Pulau Gontong kerana diamuk oleh Sultan Mahmud dan Siak dikuasai semula oleh Sultan Mahmud. Manakala Raja Alam pula telah belayar ke Siantan, lalu merompak sebuah kapal dan dengan harta yang banyak baginda membeli alat perang dan seterusnya memerinta Siantan seperti negerinya sendiri. Sultan Sulaiman yang mengetahui Raja Alam menguasai Siantan, menyerang Siantan bersama Yang Dipertuan , namun tidak dapat dikalahkan. Untuk mengelakkan malu kerana tidak dapat menawan Siantan, Sultan Sulatan menyuruh Hang Dewa menghadap Yang Dipertuan Muda Daeng Kemboja untuk meminta bantuan dan Yang Dipertuan Muda Daeng Kemboja turun membantu ayahandanya Sultan Sulaiman.
Sementara itu, angkatan dari Siak yang diketuai oleh Sultan Mahmud Raja Buang dating membantu Raja Alam di Siantan. Sultan Mahmud Raja Buang ialah saudara kepada Raja Alam dan anak saudara kepada Sultan Sulaiman. Yang Dipertuan Muda Daeng Kemboja bertanya kepada Sultan Mahmud Raja Buang yang mdia memihak sebelah mana, dijawabnya dia tidak meihak sebelah mana-mana kerana seorang kakandanya dan seorang ayahandanya. Lalu dijawab Yang Dipertuan Muda Daeng Kemboja, siapa yang menjadi musuh kepadaSultan Sulaiman adalah musuh dan seterunya, walaupun anakandanya sendiri. Maka berlakulah peperangan dan ramailah yang mati di kedua-dua belah pihak. Maka Maka Raja Alam pun tewas dan berundur ke Matan. Yang Dipertuan Muda Daeng Kemboja dan Sultan Sulaiman kembali ke Riau.
Sementara itu, ketika kembali dari Siantan ke Siak, Sultan Mahmud Raja Buang telah merampas segala perkakas dan kelengkapan Raja Alam dan dibawanya balik ke Siak dan tinggalah baginda di Siak. Dikisahkan pula Sultan Sulaiman yang memerintah Johor dan Riau mengharapkan agar anakandanya, Raja Abdul Jalil bakal menggantikannya. Setelah kembali dari perang di Siantan, Sultan Sulaiman amat saying akan anakandanyadan saudaranya dari keturunan bugis dan ini telah menimbulkan kemarahan suku Melayu. Raja Kecik Terangganu, menantu Sultan Sulaiman dari suku Melayu telah membuat fitnah mengatakan Bugis hendak mengamuk dan membakar rumah suku Melayu dan ini menyebabkan Raja Abdul Jalil amat marah. Perbalahan ini menyebabkan Yang Dipertuan Muda berundur dari Riau dan tinggallah Raja Haji adik-beradik di Riau.
Sementara itu, Raja Kecik Terengganu dan bendahara membuat kacau apabila datang sebuah kapal Holanda. Raja Kecik Terengganu dan bendahara berpakat dengan Holanda dan meminta Sultan Sulaiman mengeluarkan Raja Haji tiga adik-beradik. Khabar itu sampai kepada Raja Haji, baginda keluar dari Riau kerana tidak mahu berkelahi dan mengingkari sumpah setia mereka dan meminta Raja Kecik menjadi raja muda di Linggi. Raja Kecik menurut sahaja kemahuan Raja haji tetapi katanya hendaklah dibawa bersama-samanya. Maka Sultan Sulaiman bermuafakat dengan Raja Kecik untuk mengambil Yang Dipertuan Muda balik semula ke Riau.
Raja Haji dan Tun Dalam,iaitu Raja Kecik pun belayar ke Linggi dan mereka singgah di Melaka. Di Melaka, Tun Dalam bertemu dengan Gabenor Melaka dan membincangkan rancangan Sultan Sulaiman yang ingin membuang Bugis dari Riau dan meminta melanggar raja muda dari Linggi itu. Gabenor Melaka bersetuju dan berperanglah angkatan Holanda dari Melaka dengan orang Bugis di Linggi.orang Bugis mendapat kekalahan sementera Raja haji yang turut berperang mendapat luka lalu dibawa keluar dari barisan perang dan dibawa ke Rembau. Yang Dipertuan Muda turut berundur dan bermesyuarat dengan penghulu Rembau hendak menyerang Melaka. Mereka turut dibantu oleh Raja Alam yang telah difitnah oleh Raja Kecik semasa di Linggi. Yang Dipertuan Muda dan penghulu Rembau telah meneyrang Melaka dan mengalahkan Holanda di Tengkera dan menawan Kelebang, Peringgit dan terus menawan Bukit Cina, Semabuk hingga ke Teluk Ketapang. Kemudiannya, Holanda cuba mengepung tiga buah kubu Bugis dengan dibantu oleh askar Nasrani, Bali, Jawa, Bugis, Cina dan orang Melayu tapi tidak dapat menawannya. Setelah meminta berdamai, Holanda mengatakan Raja Kecik mmeberitahu bahawa Sultan Sulaiman menyuruh gabenor Melaka menyerang Yang Dipertuan Muda.
Setelah peperangan itu, ada pedagang dari Melaka mengkhabarkan kononnya Linggi dikalahkan oleh Holanda atas permintaan Raja Kecik dan hal ini mnyebabkan Sultan Sulaiman murka dan memanggil Raja Kecikdan gemparlah orang istana menngatakan Sultan Sulaiman murka akan Tun Dalam. Kahabr itu telah didengar oleh Raja di Baruh dan baginda bergegas ke palabuhan untuk membunuh Raja Kecik tetapi bendahara menyuuh Raja Kecik lari dan Raja Kecik terus terjun dari buritan perahu, namun orang Riau tidak mengikut Raja Kecik belayar ke Terengganu. Selepas kejadian perang itu, gabenor Melaka telah menuntut Sultan Sulaiman membayar hutang akibat dari peperangan seperti yang pernah dijanjikan oleh Raja Kecik namun ditolak oleh Sultan Sulaiman kerana baginya perbuatan Raja Kecik itu adalah fitnah kepada baginda. Setelah perjanjian damai dengan Holanda, Raja Haji dan Yang Dipertuan Muda bermesyuarat untuk memulihkan sumpah setia antara Bugis dengan Melayu di Riau. Tidak lama kemudian Sultan Sulaiman mangkat, begitu juga Raja di Baruh sakit lalu mangkat. Yang Dipertuan Muda merajakan Raja Ahmad bagi menggantikan ayahandanya, Raja di Baruh. Raja Ahmad tinggal di kampong Bulang bersama-sama dengan suku Melayu. Yang Dipertuan Muda membuatistana di Pangkalan Rama dan mengatur pemerintahan menetapkan segala raja-raja dan penghulu-penghulu di dalam teluk rantau membetulkan yang dan memeranginya.
Sementara itu, dikisahkan Sultan Jambi yang mempunyai seorang puteri. Sultan Jambi menikahkan puteriny, Tengku Ratu Emas dengan Raja Haji. Raja Haji kemudiannya kembali ke Lingga dan membantu Siltan Hasan menawan semula Inderagiri, gaung dan Retihs erta mengangkat Sultan Hasan sebagai raja Inderagiri. Menakala gabenor Holanda di Melaka pula menuntut ganti rugi perang daripada Riau.
Di Siak pula, Sultan Mahmud yang memerintah Siak telah mewasiatkan supaya anakandanya RajaIsmail dilantik sebagai sultan.. semasaRaja Ismail memerintah Siak, datanglah Raja Alam membawa perjanjian dengan Holanda yang menyerang Siak yang menyatakan bahawa Raja Alam menjadi raja Siak dan anakandanya, Raja Muhammad Ali menjadi Yang Dipertuan Mudanya. Raja Ismail kemudiannya telah menyerang Riau yang menyebabkan berlakunya peperangan yang hebat dan raja Ismail akhirnya kalah lalu lari ke Palembang. Kemudian Raja Ismail pergi ke Terengganu, lalu ke Siak, dan kembali semula ke Terengganuuntuk membantu raja Terengganuberperang dengan Kelantan. Raja Terengganu akhirnya berdamai dengan Kelantan.
Raja Ismail kemudiannya menyerang Siak dengan bantuan dari Kedah dan Selangor. Sementara itu, Raja Haji belayar ke Kedah untuk menuntut hutang perang daripada Kedah. Raja Kedah mengatakan itu hutang orang tua-tua dahulu dan mengatakan baginda bukannya diangkat menjadi raja Kedah oleh orang Bugis tetapi oleh oleh Temenggaung dan bendahara. Oleh itu, Raja haji telah melanggar negeri itu dan berjaya dikalahkan olehnya. Sementara itu, sultan Selangor belayar ke Kedah untuk membuat perjanjian. Selepas itu, Raja Haji belayar ke Muntuk setelah mendengar khabar Pangeran Syarif meminta bantuan Riau. Raja Haji dan Pengeran Syarif kemudiannya belayar ke Pontianak dan tidak lama kemudian Pangeran Syarif diangkat menjadi raja Pontianak. Kemudian, Raja Haji telah membuat istana di pulau Malam dewa, kemudian di Sungai Galang Besar.
Semasa Raja Haji menjadi Yang Dipertuan Muda Riau, negeri Riau semakin makmur dan penduduknya semakin ramai. Hal ini menyebabkan timbulnya iri hati dalam kalangan orang besar dan suku Melayu dan fitnah pun menjadi-menjadi. Raja Indera Bongsu anak beranak kembali ke Terengganu sebab irir hati dengan Bugis.terjadilah fitnah antara Yang Dipertuan Muda Terengganu dengan Raja Indera Bongsu dan bendahara Pahang. Yang Dipertuan Raja Ismail di tanah putih pula beperang dengan Siak dn Siak akhirnya Jatuh semula ke tangan Raja Ismail. Raja Ismail kemudiannya menjemput semula Yang Dipertuan Muda Muhammad Ali kembalike Siak dan membuat janji sumpah setia. Tidak lama kemudian, Raja Ismail mangkat dan digantikan oleh anakandanya, Raja Yahya bergelar Sultan yahya Syah dan memerintah Siak. Tengku bdullah pula menjadi raja di Kampar.
Sementara itu, Raja Haji telah membuat perjanjian dengan kompeni Holanda bahawa mush Holanda adalah musuhnya. Namun perjanjian itu tidak kekal lama apabila berlaku peristiwa Raja Haji tidak mendapat bahagian selepas turut serta merampas kapal musuh Holanda. Ini telah menyebablan timbulnya fitnah yang mengatakan Raja Haji hendak meyerang Melaka. Oleh itu, Hoalanda telah menyerang Raja Haji sebelum baginda menyerang mereka. Raja haji tela membuat kubu di Tanjung Pindang, di Teluk Keritng dan Pulau Penyengat. Telah berlaku peperangan, namun Holanda gagal menguasai tempat tersebut. Apabila Sultan Selangor mendengar khabar Raja Haji diserang Holanda, baginda bersama Penghulu Rembau telah datang membantu melanggar Melaka. Hal ini menyebabkan Holanda kembali semula ke Melaka. Kemudian Raja Haji bergabung dengan Yang Dipertuan Selangor, Raja Ibrahimuntuk menyerang Melaka. Mereka berjaya menguasai daerahdi sekeliling Melaka kecuali kota Melaka masih di tangan Holanda. Holanda kemudiannya meminta bantuan dari Negeri-negeri Melayu untuk untuk menyerang riau dan berjanji jika Holanda menang, mereka akan membantu raja Melayu yang menyebelahi mereka. Oleh itu, Yamtuan Muda Muhammad Ali dari Siak membantu Holanda dan juga bantuan daru Betawi. Lalu Holanda menyerang kubu Raja Haji di Teluk Ketapang dan berlakulah peperangan yang sengit. Raja Haji telah mati Syahid dalam peperangan itu akibat terkena peluru musuh. Atas arahana Gabenor Melaka, mayat Raja Haji dibawa ke Melaka dengan penih istiadat raja-raja dan dikebumikan di belakang kebun kompeni di kota Melaka, namun kemudiannya diambil oleh puteranya dan dikebumikan di Penyengat.
Kemudian, Holanda telah menyerang Selangor kerana Yang Dipertuan Selangor telah membantu Raja Haji meyerang Melaka. Selangor kalah dan Yang Dipertuan Selangor berundur ke Pahang. Selepas kemangkatan Raja Haji, Sultan Mahmud memerintah Riau bersama-sama dengan suku Bugis iaitu anak Raja Haji yang bernama Raja Ali dan Raja Ahmad. Sultan Mahmud melantik Raja Ai sebagai Yang Dipertuan Muda bagi mewakili orang Bugis. Namun, apabila Holanda hendak melanggar Riau, Raja Ali serta keluarganya berpindah ke Mempawah. Semasa peninggalan Raja Ali, hartanya telah dirampas atas arahan Raja Tua serta harta benda keturunan Bugis. Raja Tua kemudiannya telah membuat perjanjian dengan Holanda. Sutan Mahmud pula sentiasa menurut apa saja kemahuan Raja Tua itu yang menyebelahi suku Melayu. Yang Dipertuan Selangor yang lari ke Pahang telah bermesyuarat hendk melanggar Selangor. Manakala Hoalanda telah meninggalkan Bulit Kota dan lari ke Melaka walaupun setelahsethun mengepung Kuala Selangor namun tiada serangan yang dibuat sebab ancaman daripada Inggeris. Akhirnya Holanda membuat perjanjian damai dengan Selangor. Kemudian, timbul salah faham di Riau antara Sultan Mahmud dengan wakil Holanda akibat cara pemerintahan orang Barat terhadap orang Melayu dan Riau dan timbulah perbalahan dan perkelahian. Sultan Mahmud telah meminta bantuan Raja Tempasuk untuk menyerang Holanda di Riau dan Holanda balik ke Melaka manakala Sultan Mahmud kemudianya telah berpindah ke Lingga. Apabila Holanda hendak meyerang Riau, mereka mendapati orang Melayu tiada lagi di Riau kerana mereka telah beriandah ke Pahang dan negeri-negeri dan ada yang menjadi perompak di laut.
Manakala Raja Ali yang memerintah negeri Sukadana telah diserang oleh raja Pontianak dengan dengan bantuan Holanda. Raja Ali tewas dan berundur ke Riau. Sementara berlaku perubahan pemerintah apabila Inggeris mengambil alih Melaka daripada Holanda dan inggeris mengambil alih Riau dan menyerahkannya kepada Sultan Mahmud semula. Sultan Mahmud kemudian bermuafakat dengan suku Bugis bersama-sama dengan suku Melayu dan melantik Raja Jafar di Kelang menjadi Yang Dipertuan Muda menggantikan Raja Ali. Selepas Sutan Mahmud mangkat, anakandanya tengku Abdul Rahma ditabalkan menjadi sultan bergelar Sultan Abdul Rahman Syah.
Kemudian , seorang Inggeris bernama Mejar Wiliam Farquar datang berjumpa dengan Sultan Abdul Rahman menceritakan kemungkian Holanda hendak mengambil Riau dan Lingga. Sultan Abdul Rahman meminta Mejar Wiliam Farquar menyampaikan berita itu kepada Yang Dipertuan Muda. Sementara itu, datang utusan Holanda yang mengatakan yang negeri Riau dipulangkan kepada Yang Dipertuan Muda, bersama-sama perjanjian Inggeris-Belanda. Mejar Wiliamnya kemudian telah belayar ke Singapura dan membuka negeri baru dan Inggeris melantik Tengku Long sebagai raja Singapura bergelar Sultan Husin Syah bin al-Marhum Sultan Mahmud Syah. Manakala Yang Dipertuan Muda telah mengambil Sultan Abdul Rahman diterengganu dan melantik baginda sebagai Sultan Riau, Lingga, Johor dan dan Pahang serta jajahan takluknya.
Sementara itu, Inggeris dan Holanda bersetuju membahagikan tanah antara Sultan Abdul Rahman dengan Sultan Husin di Singapura. Melalui perjanjian itu, sebelah kanan kapal ke negeri China menjadi milik Holanda dan di sebelah kiri menjadi milik Inggeris. Manakal Johor dan Pahang pula dilepaskan dari Sulatan Abdul Rahman dan Kuru, Karimun dan Kundur dibawah pemerintahan baginda. Di sini diceritakan juga Raja Ahmad, ayahanda Raji Ali menunaikan haji dan seterusnya membuka pintu hati raja-raja Riau yang lain untuk menunaikan haji.
Tidak lama kemudian, Yang Dipertuan Muda Raja Jafar mangkat dan digantikan oleh Sultan Abdul Rahman sebagai Yang Dipertuan Muda. Apabila Sulta Abul Rahman juga mangkat, baginda digantikan oleh anakandanya, Tengku Besar dengan gelaran Sultan Muhammad Syah. Baginda telah berusaha menghapuskan dua kumpulan lanun yang amat kuat dan amat besar pangkalannya di Inu berhampotan dengan Retih di bawah pemerintahan Riau-Lingga. Selepas berjaya menghapuskan lanun-lanun tersebut, baginda dengan bantuan Holanda menghapuskan kumpulan lanun yang kecildan meperbetulkan orang yang baik dan juga jahat.sementara itu, Sultan Mahmud berselisih faham dengan Yang Dipertuan Muda kerana kegiatan Sultan Mahmud yang tidak mengendahkan pentadbiran negeri, lalu menyebabkan Yang Dipertuan Muda meninggalkan Lingga dan kembali ke Riau. Pihak Residen Holanda mengetahui hal tersebut dan berusaha mendamaikan kedua-dua belah pihak. Akhirnya kedua-dua belah pihak berjaya didamaikan dengan bantuan pihak Holanda.
Yang Dipertuan Muda kembali semula ke Lingga dan mengajak Sultan Mahmud mengangkat sumpah setia antara Raja Bugis dengan Raja Melayu. Yang Dipertuan Muda kembali semula ke Riau dan mangkat di sana. Baginda digantikan Raja Ali sebagai Yang Dipertuan Muda Riau. Raja ali banyak membuat perubahandalm pemerintahan seperti aturan memegang jabatan dalam kerajaan, membina masjid, melantikmalaim ulama mengajar agama Islam dan menggalakan perempuan bertudung. Pulau-pulau yang berdekatan dengan Riau diaturkan pentadbiran dan dimajukan oleh baginda. Apabila Yang Dipertuan Muda Raja Ali mangkat, pihak Hoalnda telah menurunkan Sultan Mahmud dari takhtanya dari kerajaan Lingga dan melantik Sultan Sulaiman sebagai ganti sultan dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah. Namun, Panglima Besar ayng menguasai Retih, tanah takluk Riau-Lingga tidak mahu mengakui Sultan Sulaiman sebagi Sultan lalu berlakulah peperangan. Retih kalah apabila Panglima Besar mati dalam peperangan itu. Manakala Sultan Mahmud yang diturunkan dari takhtanya telah pergi ke Singapura dan kemudianya ke Pahang. Tidak lama kemudian, Sultan Mahmud mangkat di Pahang. Kemangkatan Sultan Mahmud menjadikan berakhirnya kisah yang diriwayatkan dalam Tuhfat Al-Nafis ini.



HIKAYAT MUNSYI ABDULLAH

Sinopsis Hikayat Abdullah
Hikayat ini merupakan kisah yang menceritakan perihal Munshi Abdullah yang menjurus kepada aspek-aspek kehidupannya. Permulaan hikayat ini menceritakan kelahiran Abdullah yang dimulakan tentang serba sedikit latar belakang ahli keluarganya, sejarah susur galur keturunannya, kisah bapanya yang juga merupakan seorang pengarang suatu masa dahulu. Dalam bahagian permulaan juga diceritakan tentang kisah kelahiran Munshi Abdullah dan diteruskan dari zaman sewaktu beliau masih bayi sehingga ke peringkat kanak-kanak.
      Seterusnya, hikayat ini menceritakan tentang permulaan Abdullah Munsyi menuntut ilmu. Pada peringkat ini diceritakan tentang beliau mula belajar menulis dan menuntut ilmu daripada bapanya serta beberapa orang guru. Pelbagai pengalaman telah dilaluinya dalam mendalami ilmu membaca, menulis dan mempelajari bahasa-bahasa lain dan perihal hukuman yang dijalankan di tempat beliau menunut ilmu. Selain itu, bahagian ini menceritakan kisahnya yang telah membantu seorang nakhoda menulis surat perjanjian berhutang. Bermula dari perkara tersebut, Abdullah mula menunjukkan minat dalam bidang penulisan walaupun masih banyak lagi perkara yang perlu dipelajarinya.
       Hikayat ini diteruskan dengan bahagian permulaan Abdullah mengarang. Dalam bahagian ini, beliau menulis perkara-perkara yang berlaku disekelilingnya. Pelbagai cerita yang telah tercatat pada bahagian ini. Antara cerita yang tercatat olehnya pada bahagian ini iaitu kisah orang-orang Inggeris yang diketuai oleh Farqhuar yang ingin merobohkan kota Melaka. Beliau telah menceritakan tentang kebaikan pemerintah Inggeris.dalam bahagian ini, Abdullah telah memepersoalkan masyarakat Melayu yang kurang mengambil berat tentang pendidikan serta membandingkan golongan wanita pada waktu itu. Selain itu, bahagian ini turut menceritakan tentang kisah Inggeris hendak menyerang Tanah Jawa, kisahnya yang mula belajar bahasa Inggeris, perihal orang Melayu yang sezaman dengannya yang dimomokkan dengan perkara tahyul, kisah Abdullah yang bersama paderi Thomson, permulaannya sebagai seorang penterjemah dan permulaan pendidikan awal Inggeris serta halangan-halangan yang dihadapi olehnya.
     Bahagian hikayat ini turut menceritakan tentang perkahwinan Abdullah. Permulaan bahagian ini menceritakan tentang bantuan yag diberikan oleh paderi Milne kepadanya. Dalam bahagian ini diteruskan dengan pembukaan pusat pengajian dan usahanya dalam percetakan huruf-huruf. Bahagian ini turut menceritakan tentang pengambilalihan Melaka dari pihak Inggeris kepada Belanda, kisah pembentukan pemerintahan Singapura dan pengambilahilan kuasa oleh Inggeris . Kisah tersebut diteruskan dengan pembunuhan Sayid Yassin, seorang ahli perniagaan Melayu dan diselangselikan dengan kisah pemberontakan antara orang Melayu Melaka dengan orang Temenggung. Abdullah turut menceritakan tentang pembukaan Raffles Institution, hubungan persahabatan Siam dengan Inggeris, kisah mengenai kongsi gelap,  syair Singapura terbakar dan kisah orang Inggeris menyerang Naning.
      Bahagian seterusnya menceritakan perihal Abdullah yang telah menjadi pengarang besar. Dalam bahagian ini beliau menceritakan tentang kisah-kisah lawatannya. Berdasarkan lawatannya ke Pahang, Kelantan dan Terengganu, beliau telah mempersoalkan kelebihan dan kekurangan masyarakat yang hidup di kawasan tersebut. Bahagian ini turut menceritakan sedikit tentang lawatannya ke tanah suci dan detik-detik akhir riwayat hidupnya. Bahagian berikutnya merupakan pandangan Abdullah terhadap masyarakat pada zamannya yang hidup dalam keadaan kucar kacir dan mempersoalkan ketidakadilan pembesar dan raja pada waktu itu. Bahagian terakhir dalam hikayat ini memperihalkan tentang Abdullah pada pandangan kita di zaman ini. Dalam bahagian ini menceritakan bagaimana beliau mengisahkan perjalanan hidupnya yang diselangseli dengan kisah yang berlaku semasa hayatnya. Selain itu, bahagian ini menjurus kepada pandangan Abdullah terhadap bangsanya sendiri dan usahanya dalam membangunkan ilmu bahasa Melayu bagi menjadi rujukan kepada masyarakat zaman ini.




2 comments:

  1. salam..perkongsian yang sangat berguna kepada kami. terima kasih. :)

    ReplyDelete
  2. wassalam, terima kasih juga kerana sudi meluangkan masa untuk melayari blog kami. Terima kasih juga untuk anda :)

    ReplyDelete